Related Posts with Thumbnails

- thanks kawan -

July 1, 2010

Tarikh istimewa?

11.11.2011


wah3x.. tak sabar2 pulak kan nak habis tahun 2010..
aku saje je survey tarikh2 yang cam best for next2 year..
mana la tahu ada rezeki boleh buat kenduri spesel kan.. hehe
aku tertarik dengan tarikh ni sebab ku suka nombor tunggal and 1 look unic for me.
so aku pun survey la about this date..

11.11.2011
jatuh pada hari jumaat..
(bagus tu.. jumaatkan hari yang dianggap baik)
aku tak taula manfaat dia dalam buln masihi
so, aku try search dalm bulan Islam..

11.11.2011 bersamaan 14 zulhijjah 1432

sebagai sedikit tips aku nak share la tentang hari-hari dalam buln Islam ni.





HARI-HARI PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Selain tu, jika bulan Islam pulak hanya bulan Muharram sahaj yang dilarang dari melakukan sebarang kerja2 pernikahan sebab bulan Muharram adalah bulan kesedihan.



*tarikh2 hanya untuk bulan Islam..


data ni aku dapt dari sebuah forum..
klik sini untuk ke forum
hope fakta ni dapat membantu..
~amin~


* bintang kecil :
hidup umpama roda...
seketika kita dibawah... ketika yang lain
kita megah di atas.. <3

No comments: