Related Posts with Thumbnails

- thanks kawan -

January 9, 2010

bagaimana memujuk lelaki merajuk

hari ni jalan2 terjumpa plak 1 tips yg cambest...
layan je la..

Selalunya perempuan yang suka merajuk kan! kan! kan!..
*ngaku je la..hahaha
tapi, dalam sesetengah situasi, lelaki blh jadi lebih sensitif tau..
kadang² lelaki ni merajuk sebab hal yang kita rasa kecik je..
tapi hal yang kecik tu boleh jadi besar bagi diorang..

bila lelaki dah mula merajuk..
kita jugak yang pening nak memujuk..

kat sini aku nak bagi beberapa tips untuk memujuk ..
*try ler...

1. Cari punca sebenar.

· Mungkin kita tak perasan dalam sesetengah perkara yang kita buat mungkin akan membuat si dia tersinggung. Cuba tanya punca sebenar dan terangkan situasi yang sebenar. Dengan cara ni, kita boleh mengeratkan lagi hubungan dan saling memahami.

2. Kata-kata manis

· Guna kata-kata yang lembut, manis (read:jiwang), mungkin si dia akan terhibur dan tersenyum.

3. Bertolak ansur

· Mengalah tak bererti mengalah. Mungkin si dia akan lembut hati jika kita mengalah dari menyalahkan.

4. Nyanyikan lagu

· Mesti ada sebuah lagu yang menjadi lambang dalam sesebuah perhubungan kan. Nyanyikan lagu untuk si dia. Cara ini boleh mengimbau kembali kenangan indah ketika bersama.

5. Belikan hadiah

· Belikan hadiah kesukaannya. Tak semestinya hadiah itu perlu mahal. Mungkin kek, coklat ataupun alat ² perhiasan lelaki. sekurang ²nya terukir juga senyuman dibibirnya kan.

6. Turut merajuk

· Ha! Kalau dah semuanya dibuat x menjadi. Merajuk sama lah. untung ² dia pujuk.. hahaha. * ni la yang aku slalu buat.hahaha.



*sekadar gambar hiasan

~selamat mencuba~

2 comments:

cik EPAL said...

nasib baik tak ada pakwe nak pujuk bagai ni :D

aemyLina™ said...

haha.., coming soon kot cik epal..