Related Posts with Thumbnails

- thanks kawan -

December 5, 2009

Khas buatmu wanita

wah3.. macam bagus je tajuk..
dah lama x post..hari ni tetiba da idea.
* ye la tu..padahal sibuk blogwalking je.

hari ni me nak bagi tips lak..
sifat lelaki ni kadang² susah nak baca..
ye la.. sebab kita ni perempuan kan..
tips ni lebih kurang cara untuk memikat la..
so.. straight to the tips..

Lelaki suka:

  • Sikap kelakar - kalau dah dua² pendiam sunyi sepi plak kan..
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian - kalau selekeh malu plak nak jln dekat kan..haha
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya - demand ker? huhu
  • Tak mudah naik angin - sebab malas nak mujuk le ni..
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak - sharing is caring kan.
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian - depan dia je blh seksi.. haha
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang” - ciri² lelaki kedekut..hehe
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira - see, lelaki manja jugak kan.
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi - lelaki memang x suka girl yang membebelkan..kan..kan..
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki - yang ni me sokong sgt².. kan syg kan!
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat - bukan gedik ok!
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut. - ego lelaki ni tinggi tau.
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal - yang ni me x suka.. hahaha


Lelaki Tak Suka:

  • Wanita yang suka mengumpat - ops!!
  • Sombong dan bongkak - gurl pon nyampahkan kan kan..
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego


1 comment:

Mai said...

alamak ! terasa plakk :P xpe2... kalau lelaki sygkan akue, msty dia bleh terima keadaan akue seadanya. :p :P