Related Posts with Thumbnails

- thanks kawan -

October 16, 2011

Kebalkah password kita?





Pasword merupakan suatu kombinasi simbol yang agak peribadi bagi sesetengah orang. Kita sering mendengar tentang pencerobohan laman sosial dari hacker-hacker yang agak licik di dunia IT ni. Kadang-kadang bila kita buat kata laluan yang agak sukar, kita pun susah la nak hafalkan.



Aku jumpa website ni kat blog Mel.., agak menarik untuk dikongsikan. Ia menunjukkan berapa lama masa yang diambil untuk hacker untuk 'hack' password anda. 5 billion years to hack my password.. huhuhuhu~ Masakla nak hack...

Let's try our password here. Berapa kebalkan password anda. Selamt mencuba.. :)


* bintang kecik :
panjang giler password.. hahaha~

October 12, 2011

Tersedar dari mimpi

Bermimpi memang indah, hingga ada yang tersenyum dalam tidurnya.. namun kadangkala mimpi juga menjadi realiti sehingga menggangu ketenangan. Kata orang, mimpi mainan tidur, ada juga yang mengaitkan dengan alamat/petanda kehidupan. Aku terlalu leka bermimpi.., mengimpikan bahagia dan merancang bahagia. kegagalan adalah teman setia dalam perancangan. kegigihan menjadi perisai kejayaan. Kini aku sedar kembali dan gigih membersihkan sawang-sawang yang tepu di blog ini.., :)




bintang kecik :
bermadah menutup alpa.. hahahhaa~

September 1, 2011

Review : Final Destination 5




Bermula dengan percutian yang dianjurkan oleh sebuah syarikat. Sam Lawton [Nicholas D'Agosto], pekerja am disebuah syarikat yang juga membuat part time pembantu masakan bersama teman baiknya, Peter [Miles Fisher] telah mengikuti percutian ini. Mereka menyediakan sarapan sambil menunggu ketibaan rakan-rakan lain. Molly Harper [Emma Bell] girlfriend Sam yang juga mengikuti percutian itu memutuskan perhubungan mereka disebabkan oleh keputusan Sam untuk ke Paris mengikuti mentornya. Sementara itu, girlfriend Candice [Ellen Wroe] juga mengikuti percutian itu bersama sainganya Olivia. Perjalanan dimulakan apabila bas tiba. Bas mula bergerak menuju ke jambatan. Ketika itu Sam merasa was-was dengan pembinaan yang sedang dijalankan di sekitar kawasan jambatan. Hatinya mula rasa tidak sedap hati. Bas yang mereka naiki berhenti di tengah-tengah jambatan kerana kesesakan. Ketika itu, jambatan mulai retak. Pekerja-pekerja mula panik dan cuba untuk menyelamatkan diri.. Dari situ lah Sam melihat teman-temannya mati dalam keadaan yang mngerikan dan seperti sequel-sequel sebelumnya, dia tersedar sebelum kejadian berlaku dan anda pasti dapt meneka adegan seterusnya kan.. :) (aku sangat malas untuk taip, sila layan untuk sambungannya.. hehehe)








Aku baru lepas tengok cerita ni malam tadi.. Well aku kan berani sangat [read : penakut]




So, aku tengok pon disebalik bantal.. hahahaha~ bagi aku FD5 [read : final destination 5) ni xde la se'scary FD-FD yang lepas. But tetap ngeri.. Aku tengok cerita ni berdua dengan Tiha semalam.., Dua-dua memang berani sangat... so we all pandang tak pandang je.. tapi tengok jugak.. hahaha [korang faham tak hari ni].. PLot cerita untuk season ni pun macam x berapa menarik berbanding FD last season.. Tapi scary tetap scary and ngeri tetap ngeri.. sampai aku terbayang-bayang la sebelum tido.. tapi aku tetappppp tido dengan lenanya sampai ke pagi.. hahahaha~





* bintang kecik :
agak x berbaloi la aku mengharap cerita ni.. huhuhu~