Related Posts with Thumbnails

- thanks kawan -

Showing posts with label review filem/drama. Show all posts
Showing posts with label review filem/drama. Show all posts

December 11, 2011

Ombak Rindu Review, MTV & lirik

Akhirnya aku dapat gak pergi tengok wayang.. dah lama jugak la aku tak jejak wayang.., hahaha~ kesian aku kan.., nasib la... last week aku heret jugak mr.boyfie ku tengok cerita Ombak Rindu.. Lantak la nak kutuk apa pon.. kena gak teman aku.. hahaha.. nasib la tak de filem lain yang dia berkenan.. So layankan je la si buah hati ni.. hihihi~



Overall cerita ni memang best. Tapi kalau nak dibandingkan dengan novel memang la cerita ni agak kureng... Ye la.., semua orang mesti ada imagination sendiri kan., memang la filem ni susah nak tawan hati semua orang. Tapi bagi aku cerita ni akan jadi lebih 'da bomb' kalau heroinnya ditukarkan kepada yang lebih layak. Bukan lah mMaya Karin tu tak best., but tak sesuai la dia bawak watak Izzah tu.., dengan 'slang' dia tu, jadikan watak izah sebagai gadis kampung tu agak kureng la.. Well, itu pendapat aku la kan.

Lagu tema cerita ni pon best.. every single part asyik duk ulang chorus je.. sampai aku hafal part-part chorus tu nak keluar.. hahaha~ [tuhan tolong lembutkan hati dia... lalalala~]



Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Overall cerita ni memang best la.. tapi yang tak bestnye my mr.boyfie ni la.. Bising je duk kutuk Lisa dalam panggung.. alahai bang.., lantak ko la, yang penting ko tinggal aku sorang-sorang dalam panggung., haha.. next time kita tengok your movie plak ye sayang.. :)

thanks sayang,.. love u more

September 1, 2011

Review : Final Destination 5




Bermula dengan percutian yang dianjurkan oleh sebuah syarikat. Sam Lawton [Nicholas D'Agosto], pekerja am disebuah syarikat yang juga membuat part time pembantu masakan bersama teman baiknya, Peter [Miles Fisher] telah mengikuti percutian ini. Mereka menyediakan sarapan sambil menunggu ketibaan rakan-rakan lain. Molly Harper [Emma Bell] girlfriend Sam yang juga mengikuti percutian itu memutuskan perhubungan mereka disebabkan oleh keputusan Sam untuk ke Paris mengikuti mentornya. Sementara itu, girlfriend Candice [Ellen Wroe] juga mengikuti percutian itu bersama sainganya Olivia. Perjalanan dimulakan apabila bas tiba. Bas mula bergerak menuju ke jambatan. Ketika itu Sam merasa was-was dengan pembinaan yang sedang dijalankan di sekitar kawasan jambatan. Hatinya mula rasa tidak sedap hati. Bas yang mereka naiki berhenti di tengah-tengah jambatan kerana kesesakan. Ketika itu, jambatan mulai retak. Pekerja-pekerja mula panik dan cuba untuk menyelamatkan diri.. Dari situ lah Sam melihat teman-temannya mati dalam keadaan yang mngerikan dan seperti sequel-sequel sebelumnya, dia tersedar sebelum kejadian berlaku dan anda pasti dapt meneka adegan seterusnya kan.. :) (aku sangat malas untuk taip, sila layan untuk sambungannya.. hehehe)








Aku baru lepas tengok cerita ni malam tadi.. Well aku kan berani sangat [read : penakut]




So, aku tengok pon disebalik bantal.. hahahaha~ bagi aku FD5 [read : final destination 5) ni xde la se'scary FD-FD yang lepas. But tetap ngeri.. Aku tengok cerita ni berdua dengan Tiha semalam.., Dua-dua memang berani sangat... so we all pandang tak pandang je.. tapi tengok jugak.. hahaha [korang faham tak hari ni].. PLot cerita untuk season ni pun macam x berapa menarik berbanding FD last season.. Tapi scary tetap scary and ngeri tetap ngeri.. sampai aku terbayang-bayang la sebelum tido.. tapi aku tetappppp tido dengan lenanya sampai ke pagi.. hahahaha~





* bintang kecik :
agak x berbaloi la aku mengharap cerita ni.. huhuhu~

December 10, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 [review]


Mesti ramai yang dah tengok cite ni kan..
tak kira la.. aku baru tengok last week..
so aku nak review gak.. hehe

Jangan pandang Belakang Congkak 2 (JPBC 2) adalah sambungan dari filem JPBC..,
so korang kena tengok JPBC dulu la kalau nak faham cite ni..
tapi kalau kita tak tengok JPBC pon kita leh 'in' dengan jalan cite JPBC 2 ni..
sebab jalan ceritanya x complicated untuk kita faham..

Bagi aku.., JPBC 2 ni ada kelebihan dan kekurangannya..
adventure dari segi seram tu kurang sikit la dari JPBC..,
but its more comedy from JBPC..

Ok la.., starting cerita ni.., Pak Mor(Azlee) dan Mustika(Lisa Surihani) bergabung kuasa untuk mendapatkan harta pusaka peninggalan arwah Pak Sudir yang diwariskan kepada Punai (Lan Pet Pet) dan Asmat (Cat). selain itu, Pak Mor dan Mustika juga cuba menghapuskan Punai dan Asmat untuk mewarisi saka Pak Sudir yang dikatakan mampu mengekalkan awet muda.

Punai dan Asmat yang diganggu oleh kuasa jahat yang dihantar oleh Pak Mor dan Mustika, telah berusaha mencari dan menuntut ilmu dari seorang bomoh handal iaitu Wak Ketari. pada mulanya, mereka enggan menuntut ilmu kerana takut akan tetapi setelah terkena penangan si jelita Seha (Nora Danish) iaitu anak Wak Ketari, mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu dengan niat ingin menghapuskan kuasa jahat yang menggangu mereka selama ini.

Dalam pada menuntut, pelbagai rintangan yang harus mereka hadapi.


antara babak-babak menarik dalam JPBC 2..


wak ketari sedang memulihkan anaknya Seha (NoraDanish) yang terkena santau oleh Pak Mor dan Mustika.



the best part with Wak Ketari.. :)

Part yang kelakar bagi aku bila part Punai dan Asmat ni pergi menuntut ilmu kebomohan dari wak Ketari. Macam-macam insiden yang buat aku geli hati..

Overall filem JPBC 2 ni sesuai la kalau layan masa korang tengah tension macam aku ni..
tension dengan exam then take time tengok cerita komedi camni..

papehal pon layan dulu trailer JPBC 2 ni okay..


kalau korang nak layan cite ni online.. boleh la usha blog ni.



wish me luck for anothe 2 paper okay... :)


bintang kecik :
menghitung hari nak balik umah..