Related Posts with Thumbnails

- thanks kawan -

April 1, 2011

#5 Tips menolak cinta sahabat

Persahabatan antara dua gender pasti menimbulkan suatu perasaan bagi mereka-mereka yang single. [not all la]. Ramai juga yang tertekan bila berhadapan dengan situasi ini. Menolak cinta seorang rakan yang kita kenal lebih sukar dari menolak cinta orang yang kita baru kenal. Bagi aku, sahabat is sahabat. Perasaan cintan-cintun ni hanya akan merosakkan hubungan je. So, close as a friend than close as a couple mungkin tak sama situasinya. But, hati masing-masing kita tak boleh nak kawal kan. So aku nak share some of tips menolak cinta sahabat. Hope tips ni boleh la mempertahankan perhubungan korang sebagai sahabat.


#1 : Beritahu rakan anda, anda hanya boleh menganggapnya sebagai rakan dan bukannya kekasih. Jelaskan dengan baik kepadanya anda tetap mahukan dia sebagai rakan selamanya. Mungkin dia akan faham dan perhubungan anda juga akan lebih baik.

#2 : Jelaskan kepadanya, anda mungkin seorang rakan yang baik tetapi tidak akan menjadi seorang kekasih yang baik sekiranya hubungan ini diteruskan. Jelaskan padanya anda lebih sayang ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

#3 : Hindarkan diri dari kerap bertemu, tetapi jelaskan padanya terlebih dahulu bahawa anda tidak dapat menerimanya sebagai kekasih. Beri masa untuk dia merawat hatinya. Tetapi jangan terus menghilangkan diri, kerana ia seolah-olah anda ingin memutuskan persahabatan.

#4 : Memberitahu kepada si Dia anda tidak pernah pun terpikir untuk bercinta dengannya dan tidak tahu bagaimana hendak menyesuaikan diri jika bercinta dengan nya.
#5 : Bertegas dengan pendirian kamu, sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikuti kata hati kamu dan jangan termakan rayuan nya. dan terakhir katakan dan tegaskan kepadanya " KAU MASIH SAHABATKU"


*bintang kecik :
persahabatan yang baik tak semestinya akan menjadi cinta yang sejati.


No comments: