Related Posts with Thumbnails

- thanks kawan -

December 10, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 [review]


Mesti ramai yang dah tengok cite ni kan..
tak kira la.. aku baru tengok last week..
so aku nak review gak.. hehe

Jangan pandang Belakang Congkak 2 (JPBC 2) adalah sambungan dari filem JPBC..,
so korang kena tengok JPBC dulu la kalau nak faham cite ni..
tapi kalau kita tak tengok JPBC pon kita leh 'in' dengan jalan cite JPBC 2 ni..
sebab jalan ceritanya x complicated untuk kita faham..

Bagi aku.., JPBC 2 ni ada kelebihan dan kekurangannya..
adventure dari segi seram tu kurang sikit la dari JPBC..,
but its more comedy from JBPC..

Ok la.., starting cerita ni.., Pak Mor(Azlee) dan Mustika(Lisa Surihani) bergabung kuasa untuk mendapatkan harta pusaka peninggalan arwah Pak Sudir yang diwariskan kepada Punai (Lan Pet Pet) dan Asmat (Cat). selain itu, Pak Mor dan Mustika juga cuba menghapuskan Punai dan Asmat untuk mewarisi saka Pak Sudir yang dikatakan mampu mengekalkan awet muda.

Punai dan Asmat yang diganggu oleh kuasa jahat yang dihantar oleh Pak Mor dan Mustika, telah berusaha mencari dan menuntut ilmu dari seorang bomoh handal iaitu Wak Ketari. pada mulanya, mereka enggan menuntut ilmu kerana takut akan tetapi setelah terkena penangan si jelita Seha (Nora Danish) iaitu anak Wak Ketari, mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu dengan niat ingin menghapuskan kuasa jahat yang menggangu mereka selama ini.

Dalam pada menuntut, pelbagai rintangan yang harus mereka hadapi.


antara babak-babak menarik dalam JPBC 2..


wak ketari sedang memulihkan anaknya Seha (NoraDanish) yang terkena santau oleh Pak Mor dan Mustika.



the best part with Wak Ketari.. :)

Part yang kelakar bagi aku bila part Punai dan Asmat ni pergi menuntut ilmu kebomohan dari wak Ketari. Macam-macam insiden yang buat aku geli hati..

Overall filem JPBC 2 ni sesuai la kalau layan masa korang tengah tension macam aku ni..
tension dengan exam then take time tengok cerita komedi camni..

papehal pon layan dulu trailer JPBC 2 ni okay..


kalau korang nak layan cite ni online.. boleh la usha blog ni.



wish me luck for anothe 2 paper okay... :)


bintang kecik :
menghitung hari nak balik umah..